Anda di sini

Seramai 30 jurulatih menamatkan seminar taekwondo kebangsaan

Advertisement

SIBU: Seramai 30 jurulatih taekwondo dari Malaysia Timur berjaya menamatkan Seminar Jurulatih Taekwondo Kebangsaan 2015 di Gimnasium Utama Persekutuan Taekwondo Sarawak (STF), Kampung Datu Lama, di sini semalam.

Setiausaha Agung Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA), Eddie Tuan berkata seminar dua hari itu dianjurkan Persekutuan Taekwondo Sarawak (STF) dan Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA).

“Seminar bertemakan ‘Back To Basic’ dikendalikan Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) dan Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF),” katanya di sini semalam.

Eddie berkata, sukatan pelajaran baharu diperkenalkan dengan penambahan dalam program kurikulum untuk tahun ini.

“Kita mahu mengekalkan standard supaya kita yakin dalam pembelajaran taekwondo.

Sukatan pelajaran taekwondo baharu adalah gabungan Kesatuan Taekwondo Kanak-kanak Sedunia dan Kukkiwon (Ibu Pejabat Taekwondo Dunia),” katanya.

Menurutnya, dengan hanya menghadiri seminar itu jurulatih dibenarkan mengajar taekwondo di sekolah-sekolah.

Majlis penutupan seminar disempurnakan oleh Pres iden Per sekutuan Taekwondo Sarawak (STF), Dr Henry Toh.

Advertisement