Anda di sini

Persatuan gimnastik harap percepat ambil jurulatih luar

Advertisement

KUCHING: Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak (SAGYMA) memohon Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Pembangunan Sosial mempercepat proses pengambilan jurulatih luar berkualiti sebagai persediaan menghadapi SUKMA 2016.

Patron SAGYMA, Datuk Fatimah Abdullah berkata kepakaran jurulatih luar amat diperlukan bagi memperkukuh kemahiran dan meningkatkan standard atlet- atlet gimnas Sarawak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Tahun 2016 merupakan tahun yang penting bagi kita di Sarawak kerana kita menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19.

“Sebab itu, kita harus mula mengenal pasti atletatlet berpotensi mewakili skuad gimnas Sarawak serta berupaya menyumbang pingat kepada kontinjen kita,” katanya pada Majlis Anugerah Tahunan SAGYMA 2014 di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini semalam.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga itu tidak menafikan bahawa prestasi kontinjen Sarawak agak suram sejak beberapa tahun lalu.

Justeru, memandangkan Sarawak bakal menjadi tuan rumah SUKMA pada 2016 maka sudah tiba masanya untuk atlet-atlet kita menyerlahkan potensi masing- masing untuk merebut gelaran juara atau sekurangkurangnya berada pada kedudukan tiga terbaik.

Mengimbas kembali pencapaian atlet-atlet gimnas Sarawak di bawah naungan SAGYMA tahun lalu, para atlet menyertai beberapa kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya sirkit kebangsaan, Sports Excels, karnival, Sukan Asean, terbuka kebangsaan, MSSM dan jemputan di Semenanjung Malaysia serta Hong Kong.

Di per ingkat neger i , persatuan menganjurkan kejohanan meningkatkan prestasi atlet gimnas bagi Gred 1 dan 2.

“Tahun ini, persatuan gimnas mengadakan pertunjukan pada Mei depan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sukan gimnastik,” katanya.

 

Advertisement