Anda di sini

MBM perlu terus promosi kesederhanaan, kata Khairy

Advertisement

Pastikan belia tidak terjebak dengan kegiatan ekstremisme

KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan baharu Majlis Belia Malaysia (MBM) diharap dapat terus memainkan peranan mempromosi konsepkesederhanaan untuk memastikan golongan belia di negara ini tidak terjebakdengan sebarang kegiatan ekstremisme.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata fahaman ekstremisme yang datang dalam pelbagai bentuk merupakan satu ancaman kepada perpaduan negara dan perlu ditangani secara konsisten.

“Dalam negara, kita berdepan dengan ekstremisme dari pelbagai sudut ada yang terlalu ultra ortodoks, ultra konservatif, ultra sosial, ultra liberal. Kita nak tengok anak muda kita berada di ‘golongan tengah’.

“Dalam apa jua pentas saya mendengar suara kepimpinan MBM sentiasa membangkitkan soal perpaduan, kesederhanaan.

Kalau inilah suara hati anak muda yang dibawa pimpinan MBM selama ini, pimpinan baharu perlu teruskan pendekatan yang sama untuk pastikan anak mudabelia di Malaysia tidak ditarik oleh ektremisme,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MBM ke-63 di sini, semalam.

Perhimpunan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga penaung MBM.

Perhimpunan tiga hari itu turut menyaksikan pemilihan Jawatankuasa Kerja MBM yang baharu bagi menggantikan barisan kepimpinan terdahulu.

Menyentuh mengenai langkah untuk terus mendekati dan menarik minat golongan belia dalam berpersatuan, Khairy berkata MBM dan kementerian perlu menjadipemudah cara untuk anak muda menjalankan program mereka sendiri, berbanding menjadi penganjur utama program-program seumpama itu.

Beliau menarik perhatian bahawa hanya 20 hingga 30 peratus golongan belia negara ini yang berpersatuan.

Selain itu, katanya, proses pengkaderan juga perlu diperhebat dengan memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai pemimpin pelapis dalam persatuan belia. — Bernama

Advertisement