Anda di sini

Badminton: Tiada wakil Malaysia ke final

Advertisement

KUCHING: Kem badminton negara agak suram apabila tiada wakil Malaysia melayakkan diri ke pentas akhir Kejohanan Badminton Yonex- Sunrise Malaysia Masters 2015 di Stadium Perpaduan di sini semalam.

Harapan diberikan kepada pasangan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tidak dapat dijelmakan dengan kemenangan apabila tersungkur di tangan pasangan Chinese Taipei.

Goh dan Tan kalah dengan 21-18, 19-21, 21-12.

Malang turut menimpa gandingan Chan Peng Soon dan Lai Pei Jing apabila tersingkir pada separuh akhir selepas kalah dengan pilihan pertama dari Denmark, Jaochim Fisher Nielsen dan Christinna Pedersen.

Chan dan Lai mudah dikalahkan beregu campuran nombor satu dunia itu dengan 10-21, 7-21.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif berkata kemerosotan prestasi pemain-pemain negara sejak akhir-akhir ini didorong masalah kurang daya ketahanan mental.

Menurutnya, masalah tersebut dikenal pasti menerusi usaha sama BAM dengan China dan Korea Selatan sebelum ini.

“Selepas ini, kami mengarahkan jurulatih dengan bantuan Institut Sukan Negara (ISN) mempertajam ketahanan mental pemain-pemain negara secara berasingan.

“Kami juga sudah ada pangkalan data bagi memantau prestasi para pemain dan jurulatih.

“Ini pasti dapat membantu pengarah teknikal baharu, Morten Frost Hansen yang memulakan tugas pada Mac depan bagi memantau pencapaian, prestasi dan perkembangan pemain termasuk jurulatih negara,” katanya.

Advertisement