Anda di sini

Pengadil Sibu dijemput hadiri sesi perjumpaan

Advertisement

SIBU: Semua pengadil bola sepak berlesen di sini dijemput menghadiri majlis perjumpaan dengan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SFA) pada 17 Januari ini.

Majlis perjumpaan itu ber­langsung di Sibu Recreation Club (SRC), Jalan Perpaduan di sini bermula jam 9.30 pagi.

Setiausaha SFA, Abdul Hajis Abdullah berkata perjumpaan itu bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan pen­gadil.

“Pada perjumpaan ini, kita berharap dapat mengemas kini data semua pengadil yang ada,” katanya di sini semalam.

Selain itu, pengadil yang ada juga boleh memperbaha­rui lesen masing-masing pada perjumpaan itu.

Menurut Abdul Hajis, se­mua pengadil perlu berdaftar dengan persatuan bola sepak di bahagian masing-masing.

Difahamkan terdapat kira-kira 100 orang pengadil di sekitar Bahagian Sibu.

“Namun, ramai mereka tidak memperbaharui lesen menyebabkan tidak layak untuk mengadili sesuatu perla­wanan bola sepak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SFA, Fadzil Taman akan menyampaikan taklimat pada perjumpaan itu nanti.

Advertisement