Anda di sini

LTdL: Torku Sakerspor dari Turki membuat penampilan sulung

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pen­ganjur Le Tour de Lang­kawi (LTdL) 2015, Hu­man Voyage Sdn Bhd hari ini mengumumkan penyertaan pasukan benua pertama Turki, Torku Sakerspor pada edisi ke-20 perlumbaan berkenaan dari 8 hingga 15 Mac ini.

“Malaysia dan Turki pada masa ini mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh dan sejarah per­sahabatan yang lama dan kami berbesar hati dapat membantu antara satu sama lain dalam memaju­kan sukan berbasikal.

“Ini menunjukkan per­lumbaan ini terus berpen­garuh di seluruh dunia. Saya pasti Torku akan menampilkan prestasi yang baik di LTdL,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Datuk Abdul Malik Mydin dalam kenyataan semalam.

Pasukan berkenaan akan membuat penampilan sulung pada perlumbaan berprestij Asia itu dengan membariskan pelumba handalan dari Belgium yang juga bekas pelumba Astana, Kevin Seeldrayers selain pelumba pecut men­ingkat naik Turki, Ahmet Örken yang memenangi peringkat kesembilan Jelajah Tasik Qinghai ta­hun lepas.

Di samping itu, pasukan dari Turki itu juga serius dalam mencapai matlamat mereka dengan melantik jurulatih berkaliber, Li­onel Marie dari Perancis yang sebelum ini Pengarah Sukan Crédit Agricole, Cofidis, Garmin, Orica-GreenEdge dan Giant-Shimano.

“Saya sudah menemui pasukan memiliki dinamik yang hebat dan pelumba yang mahu belajar dari­pada pasukan profesional dunia. Saya melihat pas­ukan ini menampilkan peningkatan yang baik semasa kem latihan” kata jurulatih Perancis itu.

Seeldrayers, 28, pelum­ba muda terbaik pada Giro deItalia 2009, merupakan pelumba pendakian tu­len, manakala Marczyn­ski, 30, adalah pelumba serba boleh dari Poland yang mencatat keputusan membanggakan apabila menamatkan perlumbaan Vuelta a Espana 2012 di tempat ke-13 keseluru­han.

Matlamat utama pasu­kan berpangkalan di Kon­ya itu ialah meningkatkan prestasi pelumba Turki setelah sukan berbasikal semakin mendapat per­hatian sejak Jelajah Turki yang merupakan perlum­baan kategori Hors sama seperti LTdL, mencapai pengiktirafan dalam arena sukan berbasikal dunia pada 2008. — Bernama

Advertisement