Anda di sini

Joseph masih menunggu keputusan ujian imbasan

Advertisement

Joseph Kallang

KUCHING: Khidmat ketua pasukan Sarawak, Joseph Ka­llang Tie sudah pasti boleh di­gunakan pada aksi Liga Super 2015 yang bermula 7 Februari ini menentang Felda United di gelanggang lawan.

Sehubungan itu, pemain berusia 28 tahun itu sudah tidak sabar kembali berlatih dan bersama-sama rakan se­pasukan lain mengharungi cabaran baharu Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanapun, beliau masih menunggu keputusan ujian imbasan sama ada akan bersama rakan sepasukan lain menyertai siri jelajah ke Seme­nanjung Malaysia atau tidak.

“Saya masih menunggu keputusan doktor sama ada boleh beraksi atau terus be­rehat.

“Buat masa ini rasa sakit di bahagian paha sudah tidak terasa lagi,” katanya di sini semalam.

Joseph merupakan antara pemain tempatan yang ban­yak memberi sumbangan kepada pasukan Sarawak musim lalu.

Beberapa pasukan di Seme­nanjung Malaysia akan diten­tang Sarawak termasuk Selan­gor PKNS pada 24 Januari, Negeri Sembilan (27 Januari) dan KL SPA Putrajaya (30 Januari).

Dua aksi persahabatan di Stadium Negeri sebelum ini menyaksikan Sarawak men­galahkan KL SPA Putrajaya 1-0 dan Sabah 2-1.

Advertisement