Anda di sini

Badminton: SBE benam Kelab Empire Sibu

Advertisement

CENDERAMATA: Fernandes (berdiri lapan kiri) dan Albert bertukar-tukar cenderamata selepas perlawanan persahabatan di antara SBE dan Kelab Empire Sibu.

SIBU: Salim Badminton Elite (SBE) dan Kelab Empire Sibu mengadakan perlawanan per­sahabatan badminton di TN Sports di sini Rabu lalu.

Perlawanan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dan sebagai medan ‘sparring’ bagi menghadapi Kejohanan Bad­minton Bumiputera Tertutup Sarawak Piala Beranikaya Borneo akan datang.

Keputusan penuh perla­wanan dimenangi oleh SBE dengan kiraan mata 5-0.

Sebanyak lima regu dari kedua-dua pasukan beren­tap dan sistem perlawanan adalah berdasarkan keputu­san regu.

Pada akhir perlawanan, Kapten SBE Fernandes Em­pawi Lagang bersama dengan Presiden Kelab Empire Sibu, Albert Bigam bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan.

Sementara itu, Setiausaha Penganjur Kejohanan Bad­minton Bumiputera Tertutup Sarawak Piala Beranikaya Borneo Patrick Gerijeh ber­kata penyertaan kejohanan itu sudah ditutup.

“Ini kerana, sasaran kami hanya 16 pasukan sudahpun dicapai. Sambutan sangat baik disertai kelab/pasukan badminton dari Kuching, Bin­tangor, Niah, Miri, Kanowit, Sri Aman dan Sibu,” katanya di sini semalam.

Kejohanan Badminton Bu­miputera Tertutup Sarawak Piala Beranikaya Borneo membuka tirai pada 31 Januari hingga 1 Febru­ari di Akademi Badminton Thumb’s Up (tingkat atas tempat letak kereta Pasar Sentral Sibu).

Advertisement