Anda di sini

Razi rasmi Forum Perdana Maulidur Rasul

Advertisement

BETONG: Sempena Maulidur Rasul 1436H, sebuah Forum Perdana Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Betong diadakan di Dewan Perpaduan Debak di sini, malam kelmarin.

Hadir merasmikan forum itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Razi Sitam.

Turut hadir ialah ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Betong Sapawi Mahdi dan Pegawai Agama Islam Bahagian Betong Aswat Osen, Temenggung Piee Alwi dan Timbalan Residen Betong Sebi Abang.

Sementara itu, ahli panel forum tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Mufti Negeri Ustaz Mual Suut, Penyelia Agama Kota Samarahan Ustaz Yazid Razali dan Pegawai HIKMAH Ustaz Sarbini Dalan.

Manakala, moderatornya ialah Penolong Pengarah Sektor Dakwah Ustaz Sulaiman Hashim daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Forum berkenaan merupakan salah satu aktiviti bagi menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di seluruh negeri sepanjang bulan Januari ini.

Selain forum, turut diadakan 198 ceramah agama, Ziarah Mufti, Seminar Perundangan Syariah, Jom Berambeh Sehari Bersama Tabung Baitulmal Sarawak, penyerahan sumbangan, program kahwin beramai-ramai dan banyak lagi.

Advertisement