Anda di sini

Jadikan sukan berbasikal program tahunan di Bintulu: Dr Rundi

Advertisement

BINTULU: Sukan berbasikal khususnya berbasikal jarak jauh secara berkumpulan wajar diperhebat malah sesuai dijadikan acara tahunan di sini jika mendapat sambutan menggalakkan daripada pemi­nat sukan itu.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, sebelum ini sukan berbasikal hanya dianggap sukan biasa diadakan skala sederhana na­mun sambutan menggalakkan ia boleh dijadikan sebagai acara tahunan.

“Ini langkah permulaan untuk mempromosi sukan berbasikal bagi belia di sini. Dengan penyertaan meng­galakkan lebih 200 pengge­mar sukan berbasikal di sini menunjukkan acara ini harus dimartabatkan menjadi acara tahunan,” katanya pada Pro­gram Jom Kayuh Untuk Kesihatan Ke Hulu Sebauh di Rumah Meikle Ding, Sungai Sekutan Sebauh di sini se­malam.

Acara pelepasan turut dis­empurnakan Dr Rundi di Esplanade Bintulu seterusnya melalui Jalan Keppel memas­uki Jalan Hulu Sebauh sepa­njang 51 kilometer sebelum sampai ke perhentian terakhir di Rumah Meikle Ding.

Dr Rundi berkata, aktiviti berbasikal antara sukan sen­ang dan sesiapa sahaja boleh berbasikal tidak kira tua muda mengikut stamina atau kekua­tan seseorang individu itu asal­kan ada memiliki basikal.

“Justeru, aktiviti berbasikal ini menyeronokkan sama ada dilakukan secara individu atau berkumpulan tidak kira masa asalkan ada kemahuan untuk mengayuh basikal pada waktu luar kerja,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat di bahagian ini agar mengamal cara hidup sihat bagi mengekal tahap kesihatan masing-masing.

Apa yang penting, corak pe­makanan sihat serta senaman mencukupi merupakan antara cara terbaik mengekalkan kesihatan tubuh badan selain daripada aspek kerohanian.

Dalam perkembangan berkaitan, peserta turut ber­peluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah dise­dia penganjur dan antara yang ditunggu-tunggu ialah hadiah dua unit basikal tajaan jawa­tankuasa penganjur.

Hadir sama Timbalan Resi­den Bintulu Richard Michael Abunawas, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebauh, Peman­ca Utong Sigan dan Penghulu Michael Lanyau Ruma.

Advertisement