Anda di sini

Harimau Muda B kena belasah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kelab Liga Profesional Iran, Zob Ahan FC menewaskan skuad Harimau Muda B (Bawah 22) 5-0 pada aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, malam kel­marin.

Ghasem Hadafifar me­letakkan naib juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2010 itu di hadapan pada minit ke-12.

Zob Ahan FC terus menam­bah derita skuad Harimau Muda B kendalian Razip Is­mail menerusi sepakan penalti Masaud Hasan Zadeh.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat terus meng­gandakan asakan dan men­jaringkan gol keempat pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain gantian, Marteza Tabrizi.

Tabrizi memastikan keme­nangan bergaya Zob Ahan FC dengan gol peribadi kedua pada minit ke-75. — Bernama

Advertisement