Anda di sini

Gandingan Griffiths dan Mehmet serasi

Advertisement

MEHMET

Sarawak harus tingkat kemantapan bahagian tengah, serangan

Oleh Mahathir Haroun //

KUCHING: Perlawa­nan persahabatan antara Sarawak dan Sabah yang berlangsung di Stadium Negeri malam ini akan dimulakan dengan upacara bertafakur seminit bagi menghormati pemergian Yang di-Pertua Negeri keempat Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya’kub.

Penolong jurulatih Sarawak, David Usop berkata upacara seperti itu adalah kelaziman dalam mana-mana acara su­kan apabila orang kenamaan meninggal dunia.

“Perlawanan akan diter­uskan seperti biasa. Sebelum perlawanan bermula upacara bertafakur akan diadakan ter­lebih dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sebelum ini, Sarawak men­galahkan KL SPA Putrajaya dengan 1-0 di Stadium Negeri hasil jaringan Ryan Griffiths selain tewas kepada Sabah 2-1 di Stadium Likas.

Sabah malam ini sudah pasti akan menurunkan bekas bintang Liverpool, El Hadji Diouf.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts tetap men­ganggap perlawanan menen­tang Sabah penting untuk meningkatkan keserasian pemain terutama di bahagian tengah dan serangan.

“Barisan pertahanan kita tidak banyak masalah namun kita mahu memantapkan ba­hagian tengah dan serangan,” katanya.

Beliau optimis gandingan Griffiths dan Billy Meh­met mampu muncul sebagai penggempur terbaik malam ini.

“Mereka berdua men­unjukkan gandingan serasi dan mantap, cuma beberapa perkara perlu ditingkatkan sebelum saingan sebenar ber­mula,” ujarnya.

Menurut Alberts, kes­ebelasan utama yang beraksi malam ini juga akan diarahkan bermain lebih lama untuk menguji kemampuan sebenar mereka.

“Kita mahu melihat kes­erasian sebenar pemain kes­ebelasan utama dan mungkin tidak banyak perubahan di­lakukan,” jelasnya.

Pada masa sama, setiap pemain yang menunjukkan prestasi terbaik berpeluang beraksi dalam kesebelasan utama.

“Setiap pemain yang men­unjukkan prestasi terbaik mempunyai peluang untuk beraksi sebagai pemain tong­gak,” katanya.

 

Advertisement