Anda di sini

Alberts mahu semua pemain tampilkan prestasi cemerlang

Advertisement

KUCHING: Pengendali Sarawak, Robert Alberts berpendapat perlawanan persahabatan menentang KL SPA Putrajaya di Stadium Negeri malam ini merupakan medan terbaik memperkukuh keserasian pemain-pemainnya.

Katanya, biarpun sekadar perlawanan persahabatan namun pertembungan menentang pasukan kelab itu penting sebagai persiapan terakhir Sarawak sebelum mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sehubungan itu, beliau mahu anak-anak buahnya menampilkan prestasi terbaik dan tidak bermain sambil lewa.

“Saya harap semua pemain dapat menampilkan prestasi terbaik kerana perlawanan ini penting sebagai persiapan terakhir kita menghadapi Liga Malaysia 2015,” katanya.

Perlawanan malam ini bakal menyaksikan Sarawak menampilkan keempat-empat pemain import asingnya.

Pemain-pemain import terbabit ialah Billi Mehmet, Ronald Hikspoors, Ryan Griffiths dan Ivan Fatic.

Musim baharu Liga M bermula pada 7 Februari depan dan Sarawak ketika ini dalam rangka persiapan terakhir menghadapi musim baharu ini.

Selepas menentang KL SPA Putrajaya, Sarawak akan bertemu Sabah pada 11 Januari dengan pasukan negeri jiran itu dibarisi bekas bintang Liverpool, El Hadji Diouf.

Perlawanan persahabatan Sarawak diteruskan dengan pertembungan menentang beberapa pasukan negeri di Semenanjung Malaysia.

Advertisement