Anda di sini

Pardew pengurus baharu Crystal Palace

Advertisement

LON­DON, England: Alan Pardew se­cara rasmi disahkan sebagai pengurus baharu Crystal Palace selepas dibe­baskan dari kontraknya di New­castle United Sabtu lepas.

Satu kenyataan di laman sesa­wang rasmi Palace bertulis: “Kelab Bola Sepak Crystal Palace dengan sukacita mengumumkan pelantikan Alan Pardew sebagai pengurus baharu kelab selepas menandatangani kontrak tiga setengah tahun.”

Pardew menghabiskan empat tahun di Newcastle tetapi tidak pernah menjadi pengurus kege­maran kebanyakan penyokong kelab dan akhirnya mengambil peluang berpindah ke Pal­ace, di mana beliau pernah menghabiskan empat tahun sebagai pemain.

Pardew, 53, menggan­tikan Neil Warnock, yang dipecat Sabtu minggu lepas, empat bulan selepas mengisi jawatan untuk penggal kedua, dengan Palace berada di tangga ketiga dari bawah Liga Perdana Inggeris dan berdepan saingan mengelak penyingkiran musim ini.

Pardew, bermain untuk Palace di antara 1987 dan 1991 dan kenangan paling manis beliau ialah men­jaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Liverpool 4-3 pada perlawanan separuh akhir Piala FA 1990.

“Saya sememangnya sangat gembira untuk menjadi pengu­rus baharu Crystal Palace,” kata Pardew, yang menjadi pengurus tetap keempat Palace dalam masa kurang dari 18 bulan.

“Semua orang tahu sejarah saya di sini. Apa yang penting sekarang ialah untuk membawa kelab ke ta­hap seterusnya.

“Saya percaya dengan sokongan Steve (Parish) dan lembaga penga­rah, saya boleh membantu mencapai sasaran itu dan mencipta sejarah baharu yang lebih menarik untuk kelab.”

Parish, pengerusi Palace, ber­kata: “Kami mahukan seorang pengurus dengan rekod yang baik dan pengalaman yang telah dibuktikan dalam Liga Perdana Inggeris.

“Dengan Alan, kami memiliki kedua-duanya selain seseorang yang mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk kelab ini dan berkongsi keazaman untuk membawa kelab ke tahap yang seterusnya.”

Warnock, 66, kembali ke Palace selepas pemecatan Tony Pulis, sehari sebelum musim ini bermula tetapi dipecat selepas hanya enam bulan.

Pulis dinamakan sebagai Pen­gurus Liga Perdana Terbaik 2014 kerana membimbing Palace mengelak penyingkiran musim lepas tetapi meninggalkan kelab pada bulan Ogos selepas tidak sehaluan dengan polisi perpin­dahan kelab.

Beliau kemudian dilantik se­bagai pengurus West Bromwich Albion awal minggu ini.

Newcastle, yang ketika ini berada di tangga ke-10 liga, mengumumkan perpindahan Pardew terlebih dahulu dalam satu kenyataan ringkas: “New­castle United boleh mengesahkan bahawa Alan Pardew telah dibe­baskan dari kontrak dalam usaha untuk dilantik sebagai pengurus baharu Crystal Palace.”

Ketika mengimbau kembali masa beliau di St James’ Park, di mana beliau membimbing kelab di tangga ke-12, lima, 16 dan 10 Liga Perdana, Pardew berkata: “Ia satu penghormatan untuk membimbing Newcastle United. — AFP

Advertisement