Anda di sini

Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Jamek Betong malam ini

Advertisement

BETONG: Orang ramai dijemput bersama-sama mengimarahkan Masjid Jamek Betong di sini pada Ceramah Maulidur Rasul pada 5 Januari (malam ini).

Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Betong itu merupakan salah satu pengisian sambutan bulan kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dalam usaha mengimarah sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah.

Program bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ diisi dengan ceramah yang dijangka berlangsung selepas solat Maghrib di Masjid Jamek Betong.

Ceramah akan disampaikan oleh Penolong Pengarah Dakwah dan Kawalan Akidah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Ustaz Sulaiman Hashim.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Betong menjelaskan, penganjuran ceramah diharap dapat mengerat lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat sekitar.

“Dalam kita merayakan Maulidur Rasul, program ini turut menjadi platform penyatuan dan perpaduan semua.

“Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Betong mengalu-alukan kehadiran semua untuk memeriah dan menjayakan lagi majlis,” jelasnya.

Muslimin dan muslimah di daerah Betong dan sekitarnya serta sesiapa sahaja adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program boleh menghubungi Kon Spawi di talian 0138222705.

Advertisement