Anda di sini

Usaha basmi gejala ulat tiket

Advertisement

Oleh Harry Ilias//

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan meneruskan jualan tiket secara ‘online’ sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga M) 2015 yang akan bermula pada 7 Februari depan.

Setiausaha Agung FAS Abdullah Julaihi berkata pihaknya berpuas hati dengan keberkesanan sistem tersebut setelah ia diperkenalkan pada musim lepas.

“Kita akan meneruskan sistem jualan tiket secara ‘online’ pada musim ini bagi memudahkan penyokong mendapatkan tiket tanpa sebarang masalah,” katanya semalam.

“Selain itu, sistem ini juga dapat mem-bantu kita membasmi masalah ulat tiket yang mendatangkan banyak kerugian ke-pada persatuan sebelum ini.”

Tambahnya lagi, harga tiket yang akan diumumkan FAS dalam tempoh terdekat sudah termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul-lah mengumumkan harga tiket bagi dua perlawanan persahabatan menentang SPA FC (6 Januari) dan Sabah (11 Januari) di Stadium Negeri.

Menurutnya, harga bagi tempat duduk terbuka dikenakan sebanyak RM5, mana-kala RM10 bagi tempat berbumbung dan RM20 untuk ‘grandstand.’

Pada masa sama, Abdullah berkata FAS akan melancarkan jersi baharu skuad Ngap Sayot dalam masa terdekat.

Sarawak juga bercadang untuk men-gadakan jelajah pramusim siri kedua se-lepas perlawanan persahabatan menentang SPA dan Sabah.

Ketua Jurulatih Robert Alberts sebel-umnya mencadangkan dua pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana, Selangor PKNS dan Negeri Sembilan sebagai spar-ring mereka.

Advertisement