Anda di sini

Junior, Chanturu perkuat pasukan JDT musim depan

Advertisement

JOHOR BAHARU: Juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkukuhkan statusnya dengan membawa masuk tujuh pemain baharu yang rata-ratanya merupa­kan pemain kebangsaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2015.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu kini mendapat khidmat Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S.Kunanlan, S. Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal.

Selain muka baharu, barisan sedia ada turut dikekalkan iaitu Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, As­raruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamalud­din, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd

Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal.

Keempat-empat pemain import Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun turut dikekalkan.

Barisan 25 pemain Harimau Selatan diumumkan sempena majlis pelancaran jersi baharu JDT di sini malam kelmarin.

Turut berangkat ke majlis itu Presiden Persatuan Bo­lasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengumuman nama Gary mengenepikan spekulasi yang pemain tengah Harimau Ma­laya itu akan bermain dengan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang selain pasukan negeri kelahirannya, Kedah.

Gary memberitahu pem­berita kemudiannya beliau memilih JDT kerana mahu mempertingkatkan dirinya selain menimba pengalaman.

“Ini juga adalah untuk masa depan saya. Saya sudah pilih pasukan ini dan urusan (spekulasi) sudah selesai,” katanya. — Bernama

Advertisement