Anda di sini

ISN sedia berbincang dengan Chong Wei jika ada kemusykilan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pintu Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa terbuka kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei un­tuk berbincang mengenai apa saja perkara berkaitan isu doping yang dihadap­inya.

Jaminan itu diberi Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Ab­dul Aziz, sambil berkata pihaknya sentiasa memberi bantuan kepada atlet negara itu dan mengakui memaha­mi apa yang sedang dialami Chong Wei pada saat ini.

“Saya hairan (dengan ken­yataan Chong Wei). Yang pasti, saya faham dalam keadaan begini, perasaan sesiapa pun akan bergolak.

“Kami masih boleh di­akses. Dia (Chong Wei) pun ada nombor telefon saya. Kalau perlu kita berbincang atau apa-apa kemusykilan, kerunsingan atau perasaan negatif, kita boleh bincang,” katanya ketika ditemui pemberita pada program atlet prihatin di Majlis Su­kan Negara (MSN), di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Chong Wei yang membangkitkan rasa tidak puas hati den­gan prosedur ISN terhadap program pemulihan atlet khususnya membabitkan aspek doping.

Berhubung proses pen­dengaran isu doping Chong Wei yang dijangka bulan ini, Dr Ramlan berkata ISN sentiasa memberi kerjasama bagi memastikan perkara itu berjalan lancar dan men­dapat penyelesaian terbaik kepada jaguh badminton negara itu.

Beliau berkata pelbagai pihak termasuk orang per­seorangan telah memberi kerjasama sepenuhnya teru­tama dalam menyediakan fakta dan maklumat ber­hubung isu tersebut.

Ditanya jika ISN diper­salahkan, Dr Ramlan ber­kata: “Bukan fungsi Perse­kutuan Badminton Dunia (BWF) untuk timbulkan kecuaian terhadap ISN. Tetapi itu satu perkara yang akan saya pertahankan.

“Namun s aya yakin, BWF akan melihat secara keseluruhan fakta kes ini sebelum membuat kepu­tusan,” katanya sambil berharap keputusan ter­baik dapat diperoleh demi masa depan Chong Wei dan sukan badminton negara. — Bernama

Advertisement