Anda di sini

Dua atlet boling Sarawak diyakini sumbang pingat

Advertisement

KUCHING: Ketua Jurulatih Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (Abas) Jackson Ting optimis dua atlet Sarawak Jonathan Ding Sagan dan Dayang Khairu­niza Abang Jamalidon dapat menghadiahkan pingat ke­pada negara pada Kejohanan Tenpin Boling ASEAN di Bangkok pada 14-27 Janu­ari ini.

“Kedua-duanya antara yang terbaik dan akan beraksi dalam kejohanan terkemuka. Saya percaya mereka dapat memenangi sesuatu untuk negara di Bangkok,” ujar Jackson semalam.

Bagaimanapun, Jonathan dan Dayang akan berdepan tugas getir apabila bersaing dengan pemain bertaraf dunia terutama dari Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu dan Singapura.

Jonathan sebelumnya be­rada dalam skuad remaja se­belum dinaik taraf menyertai skuad elit kebangsaan selepas mengungguli sesi pemilihan.

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan sebahagian dari­pada kontinjen negara ketika memenangi perak pada Kejo­hanan Boling Remaja Dunia di Hong Kong pada Ogos lalu bersama Muhd Rafiq Ismail, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol.

“Saya berasa sangat gembira selepas dipilih untuk mewak­ili negara setelah berusaha dengan keras dalam tiga per­lawanan terakhir.

“Harapan saya untuk mer­aih kejayaan cemerlang dalam pertandingan berpestij ini yang julung kali saya sertai.

“Selain itu, saya ingin mer­akamkan terima kasih kepada bekas jurulatih John Forst yang mendidik saya sehingga berjaya sampai ke tahap ini,” ujar Jonathan.

Bagi Dayang, pemilihan beliau dalam skuad negara merupakan satu penghorma­tan baginya dan beliau mahu menghadiahkan penghargaan kepada Ketua Jurulatih Hal­loway Cheah yang meletakkan kepercayaan di bahunya un­tuk mewakili Malaysia pada kejohanan tersebut.

Sebelum ini, beliau mencat­at pencapaian membanggakan dengan menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Remaja Antarabangsa Milo All-Stars Masters dan Ter­buka Jemputan Antarabangsa Kuala Lumpur dan tempat kedua dalam Kejohanan Bol­ing Terbuka Antarabangsa Pesta Pulau Pinang.

“Saya yakin Holloway yang juga jurulatih nombor satu negara dan Ben Heng dapat membantu Jonathan dan Dayang untuk menaiki po­dium.

“Memang menjadi misi utama persatuan untuk meli­hat pemain boling kita dapat mewakili negara di kejohanan bertaraf antarabangsa.

“Pihak Abas melahirkan rasa bangga dan gembira den­gan pemilihan mereka untuk bersaing dalam kejohanan peringkat ASEAN,” tambah Jackson.

Setiausaha Kongres Tenpin Boling Malaysia Cheah Ban Cheng akan bertindak selaku pengurus skuad negara di kejohanan tersebut.

Skuad ketika ini sedang menjalani latihan di Sunway Megalanes, Selangor.

Advertisement