Anda di sini

Atlet muaythai rebut tempat ke SUKMA 2015

Advertisement

KUCHING: Tujuh aksi pertarungan muaythai pro­fesional menghangatkan Ke­johanan Muaythai Pemilihan Fasa III Bayangan SUKMA 2015 yang berlangsung di Pusat Latihan Muaythai Sarawak, Dewan Suarah Kuching, kelmarin.

Aks i tumpuan mel i ­batkan petinju daripada Kelab Muaythai Kenyalang Hudson Kayan menentang James Bodi daripada Kelab Muaythai Lundu.

Pertarungan sengit itu dimenangi Hudson dengan kiraan mata.

Petinju kebangsaan, Ayu Arynafaiza Azmi daripada Muaythai Kenyalang pula tidak berdepan masalah me­nundukkan Ranti Niza yang mewakili Kelab Muaythai Lundu dalam kategori wan­ita.

Manakala dalam kategori kanak-kanak, Pratasarthee Punniyamoorrthy (SS Fight­ers) menundukkan Mohd Haikal Zaidie (Muaythai Kenyalang) juga dengan kiraan mata.

Pemenang kategori pro lain termasuk Zyhnie Zuelaiqha Zamhar i (SS Fighter s ) menewaskan Chr i sabel ­la Jimmi (Muaythai Lun­du), Akmal (SS Fight­ers) menewaskan Lim Min Chang (Muaythai Lundu), Kabilan Javilan (SS Fight­ers) menundukkan Moris Patrick (Muaythai Lundu) dan Muhd Azir Afidi Mahy­udi (SS Fighters) menang ke atas Ariff Mulok (Muaythai Kenyalang).

Sebelumnya, berlangsung 12 pertarungan melibatkan 24 atlet bayangan SUKMA dalam kategori lelaki 42- 45kg, 45-51kg, 48-51kg, 51-54kg, 54-57kg, 57-60kg, 60-63.5kg, 63.5-67kg dan 67-71kg.

Ia disusuli empat per­tarungan petinju amatur bagi kategori lelaki 43-45kg, 48-51kg, Super Heavy dan bawah 25kg.

Kejohanan selama sehari itu dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Pengurusan Dewan Suarah Kuching Sarawak.

Hadir sama menyaksikan perlawanan kelmarin Presi­den PMNS Jumaat Ibrahim.

Advertisement