Anda di sini

30 pemain kibar cabaran negara pada kejohanan Yonex Sunrise, 13-18 Jan ini

Advertisement

KUCHING: Seramai 30 pemain negara bakal menggalas tugas pada Kejohanan Yonex Sunrise Malaysia Grand Prix Gold 2015 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Negeri, Petra Jaya pada 13-18 Januari 2015.

Antara yang beraksi adalah pemain ranking ke-32 dunia, Chong Wei Feng yang akan bersaing dalam kategori perseorangan lelaki.

Manakala Tee Jing Yi yang berada di ranking ke- 29 menjadi pemain utama negara dalam kategori perseorangan wanita.

Malaysia turut mempertaruhkan gandingan Jagdish Singh/Tan Wee Long (56) dalam saingan beregu lelaki dan Soong Fie Cho/Amelia Alicia Anscelly (29) bagi beregu wanita.

Indonesia menghantar kontinjen terbesar seramai 37 peserta dengan diketuai pemain nombor satunya, Tommy Sugiarto yang berada di ranking ke-9 dunia serta dua rakannya Simon Santoso dan Sonny Dwi Kunchoro.

Tumpuan turut terarah terhadap pemain badminton utama India, Srikanth Kidambi yang menduduki ranking ke-4 dunia dan juara Cabaran Antarabangsa Kuching Maybank Malaysia 2014, Lee Hyun Il dari Korea Selatan.

Temasya selama enam hari itu akan mempertandingkan empat kategori iaitu perseorangan lelaki/wanita dan beregu lelaki/wanita.

Advertisement