Anda di sini

Team Ali C ungguli Sepak Takraw Saratok

Advertisement

SARATOK: Regu Team Ali C muncul juara pertandingan Sepak Takraw Tertutup Saratok dan Jemputan sempena Pesta Saratok 2014 semalam.

Team Ali C mengalahkan regu Team Ali A dalam pertandingan akhir di Gelanggang Sebaguna LAKIS, Saratok di sini semalam.

Selaku juara, Team Ali C diwakili Mohamad Akmal Abdul Khai (apit kanan), Fitri Ramzee (tekong), Ali Napiah (apit kiri), pemain simpanan Mohamad Nuruddin Abdullah serta pengurus pasukan membawa pulang wang tunai RM500 serta piala, pingat dan hamper.

Team Ali A sebagai naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM300, piala, pingat serta hamper manakala regu Team Ali B dan regu PAGAN B masing-masing meraih wang tunai RM100, piala, pingat dan hamper.

Hadiah pemenang disampaikan Kaunselor Ghapor Ahmad.

Dalam pada itu, wakil penganjur berkata kejohanan ini merupakan anjuran Persatuan Sepak Takraw Daerah Saratok.

Ia sebahagian program Pesta Saratok 2014 bagi menarik penglibatan masyarakat dalam kegiatan sukan di samping menggalakkan gaya hidup sihat.

Sebanyak 20 regu terdiri empat orang pemain setiap regu menyertai kejohanan ini.

Advertisement