Anda di sini

Ngap Sayot ‘tukar angin’

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun//

KUCHING: Sarawak membatalkan hasrat untuk menyertai Kejohanan Piala Wali Kota di Indonesia, sebaliknya memilih menentang pasukan- pasukan dari Liga Premier pada bulan depan.

Kejohanan tersebut dijadualkan diadakan dari 4 hingga 8 Januari depan dan turut disertai Semen Padang, Persiba Balik Papan, PSP Padang, Persib dan Selangor.

Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata hasrat untuk menyertai kejohanan itu terpaksa dibatalkan kerana mereka memilih menentang pasukan-pasukan dalam liga tempatan.

“Kita akan ke Semenanjung Malaysia pada pertengahan bulan depan untuk menentang beberapa pasukan di sana.

“Antaranya kita akan menentang Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang bersaing dalam Liga Premier,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, dua pasukan itu dipilih kerana ketika ini memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti.

“Kita sedia maklum dua pasukan ini sedang dalam usaha untuk membentuk kembali pasukan yang mantap,” ujarnya.

Alberts tetap menganggap perlawanan persahabatan menentang mana-mana pasukan amat penting dalam usaha memperkukuh pasukan Sarawak selain meningkatkan keserasian semua pemain.

“Setiap perlawanan persahabatan adalah penting bagi kita d a l a m usaha memperkukuh pasukan serba mantap,” jelasnya.

Perlawanan persahabatan di Semenanjung Malaysia merupakan aksi pemanas badan siri kedua buat anakanak buah Alberts sebelum ini menamatkan jelajah pramusim di Thailand.

Kempen Liga Malaysia akan bermula pada 31 Januari depan dengan Sarawak dibarisi hampir 50 peratus muka baharu.

 

Advertisement