Anda di sini

KUCHING: Kejohanan Yonex

Advertisement

KUCHING: Kejohanan Yonex Sunrise Malaysia Grand Prix Gold 2015 menyaksikan pemain badminton nombor satu Indonesia, Tommy Sugiarto bakal mengambil bahagian di Stadium Perpaduan Negeri, di sini dari 13 hingga 18 Januari depan.

Tommy yang kini menduduki tempat kesembilan dunia turut diiringi rakan senegaranya, Simon Santoso dan Sonny Dwi Kunchoro.

Lebih menarik pemain sensasi India, Srikanth Kidambi yang kini pemain keempat dunia juga akan mengambil bahagian.

Sebelum ini, Srikanth menjuarai Terbuka China Siri Super Premier 2014 selepas menundukkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Lin Dan dari China.

Johan Cabaran Antarabangsa Kuching Maybank tahun ini, Lee Hyun Il dari Korea Selatan dikhabarkan akan turut serta.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Abdul Hadi Abdul Kadir berkata, pihaknya amat berbangga kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi kepercayaan kepada SBA menganjurkan dua acara berkelas dunia di negeri ini.

“Selain Kejohanan Yonex Sunrise Malaysia Grand Prix Gold 2015.

Sarawak juga menjadi venue Cabaran Antarabangsa Kuching Maybank dijadualkan berlangsung pada November,” jelasnya.

Menurutnya, langkah tersebut juga dapat memberi pendedahan kepada pemain tempatan kepada kejohanan besar dan peringkat tinggi.

“Kita masih perlu menganjurkan lebih banyak kejohanan antarabangsa dengan membawa pemain ternama dunia,” katanya.

 

Advertisement