Anda di sini

CMAA tampilkan aksi terbaik Tarian Singa-Naga Kebangsaan

Advertisement

KUCHING: Pasukan Tarian Singa Utara Persatuan Seni Mempertahankan Diri Cina (CMAA) menampilkan pres tas i memberangsangkan pada Kejohanan Tarian Singa-Naga Terbuka Kebangsaan Ke-8 dengan merangkul pingat gangsa.

Dianjurkan Persekutuan Tarian Singa dan Naga Malaysia dan dihoskan Persatuan Tarian Singa-Naga Wushu Melaka dari 22 hingga 25 Disember lalu, kejayaan itu merupakan sejarah buat Sarawak kerana CMAA tidak diletakkan harapan tinggi.

Pengurus pa sukan, Thomas Liu berkat a persembahan pasukan berjaya mencuri perhatian penonton dan pengadil.

“Saya berbangga kerana sebagai pasukan bukan pilihan, kita berjaya menggumpul markah penuh dan kurang melakukan kesilapan,” katanya.

Juara bertahan selama tujuh tahun, Pasukan Nam Hua dari Johor muncul juara diikuti pasukan Jing Sing juga dari Johor.

Pasukan CMAA diketuai Liu membariskan Chew Wui Yung, Liew You Kui, Chen Hung Liang, Si Chia Hong, Tan Kit Sheng dan Wilson Liew Jeman manakala Vincent Thong selaku jurulatih sambil dibantu Calvin Kong.

Presiden CMAA, Chester Lim bangga kerana sasaran tiga teratas berjaya dicapai dan lebih penting sebagai pengalaman serta pendedahan untuk kejohanan akan datang.

 

Advertisement