Anda di sini

Aktiviti di KLIA2 berjalan seperti biasa

Advertisement

SEPANG: Aktiviti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berjalan seperti biasa setakat jam 4.30 petang semalam.

Aktiviti perniagaan dilihat berjalan seperti biasa selain tiada perubahan dalam jadual penerbangan semua pesawat.

Beberapa pengamal media yang pada mulanya berkumpul di luar pejabat AirAsia di sini bergerak ke kawasan berhampiran bilik VVIP KLIA2 untuk menunggu jika ada sebarang sidang media di situ.

Namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan tentang kemungkinan sidang media dibuat di bilik VVIP tersebut.

Pesawat QZ8501 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada jam 5.35 pagi waktu tempatan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, satu-satunya penumpang rakyat Malaysia berada dalam pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada jam 7.24 pagi waktu tempatan semalam ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, adalah penduduk negeri ini.

Sii Chung Wei, 56, yang berasal dari Bintangor tetapi telah bermastautin di Kuching merupakan penyelia di sebuah kem pembalakan di Surabaya dan kerap berulang-alik antara Indonesia dan Sarawak.— Bernama

Advertisement