Anda di sini

2015 tahun sibuk buat SLTA

Advertisement

KUCHING: Tahun 2015 menyaksikan Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) agak sibuk dengan penganjuran pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa dan tempatan.

Secara keseluruhannya terdapat tujuh kejohanan antarabangsa dan dua acara tempatan akan dihoskan SLTA.

Kalendar acara SLTA dimulakan dengan pra kelayakan akhir ITF – Asia Ocenia WTC (lelaki dan perempuan) dari 26 Februari hingga 7 Mac.

Dalam tempoh tersebut turut diadakan kejohanan Junior Davis Cup dan Junior Fed Cup.

Ia diteruskan dengan Sirkit Junior ITF (Gred 1) Piala Ketua Menteri Ke-25 (1) pada 17 hingga 22 Mac.

Siri Asia ATF Ke-11 14/U Seris pula berlangsung dari 2 hingga 6 September.

Bulan Oktober menyaksikan Sirkit Junior ITF (Gred 3) Piala Ketua Menter Ke-26 (III) berlangsung dari 6 hingga 11 Oktober.

Acara peringkat negeri memperlihatkan dua kejohanan diadakan merangkumi Antara Bahagian & Tertutup Sarawak dan Sarawak Junior Master.

Antara Bahagian & Tertutup Sarawak berlangsung pada 24 hingga 29 Mac manakala Sarawak Junior Master dari 4 hingga 11 Disember.

Disebalik jadual yang padat Presiden SLTA Datuk Patrick Liew tetap optimis pihaknya mampu menganjurkan semua kejohanan dengan lancar.

“Berdasarkan pengalaman kita sebelum ini, kita sedia menghadapi cabaran biarpun jadual tahun depan agak padat,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Selain penganjuran kejohanan besar beliau berkata, SLTA akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan sukan tenis di negeri ini.

“Setiap bulan kita akan mengadakan pertandingan untuk pemain novis dikenali monthly medal.

“Ini antara langkah kita untuk terus mencungkil baharu dan membangunkan sukan tenis tempatan,” ujarnya.

Advertisement