Anda di sini

Skuad bola keranjang wanita naik ke Divisyen I Piala Agong

Advertisement

KUCHING: Skuad bola keranjang wanita Sarawak mengesahkan slot ke Divisyen I Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong MABA-Agromate tahun depan.

Ini selepas kejayaan mereka menjuarai Divisyen II yang berlangsung di Stadium MABA, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam saingan Divisyen II yang melibatkan empat pasukan, Sarawak memenangi semua perlawanan dengan menewaskan Negeri Sembilan 48-40, Terengganu 57-41 dan Pulau Pinang 55-49.

Mereka bakal berdepan Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Melaka dalam saingan Divisyen I tahun depan.

Sementara itu, prestasi pemain lelaki Sarawak agak tidak menentu dalam saingan peringkat kumpulan.

Mereka menewaskan Kuala Lumpur 57-50 dan Pulau Pinang 70-55, namun tewas di tangan PDRM dengan 96-43 dan juara Melaka dengan 88-38.

Me skipun begi tu, Sarawak masih mampu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir namun tewas buat kali kedua di tangan PDRM dengan 47-93.

Sarawak bagaimanapun mengekalkan slot dalam Divisyen I selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan 75-51.

Dalam pertandingan kemahiran istimewa, Alvin Lau Bik Jie menduduki tempat kedua dalam aksi ‘slam dunk’ selepas mengutip 54 mata.

Alvin, Ma Chee Kheun dan Liaw Chee Huei turut tersenarai dalam skuad pelapis kebangsaan.

 

Advertisement