Anda di sini

Polis Kuala Lumpur pertingkat rondaan sempena Krismas

Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan mempertingkat rondaan terutama di kawasan perumahan bagi mencegah kes pecah rumah berikutan orang ramai dijangka pulang ke kampung sempena perayaan Krismas hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan dikerah untuk mengawal kawasan perumahan.

“URB akan melakukan rondaan 24 jam,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang ramai yang ingin bercuti panjang dengan meninggalkan rumah mereka, dinasihat agar memaklumkan kepada pihak polis. — Bernama

Advertisement