Anda di sini

NAF FC julang Piala Datuk Amar Abang Johari

Advertisement

KUCHING: Pasukan NAF FC pulang dengan kemenangan apabila dinobat sebagai juara kategori lelaki terbuka pada Kejohanan Futsal P.194 Petra Jaya, baru-baru ini.

Kemenengan itu sekali gus melayakkan NAF FC menjulang Piala Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bagi edisi 2014.

Menurut Pengerusi Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie, kejohanan futsal tahunan itu merupakan antara acara utama diadakan di kawasan Satok yang sentiasa mendapat sambutan di sekitar kawasan Kuching.

“Kejohanan Futsal P.194 Petra Jaya boleh dijadikan sebagai platform bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak khususnya futsal.

“KSK Satok juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta Datuk Seri Fadillah Yusof atas sumbangan mereka membantu menjayakan kejohanan pada tahun ini,” ujar Irwan ketika dihubungi, kelmarin.

Pada perlawanan akhir yang cukup sengit, NAF FC berjaya menewaskan pasukan Kakula FC 3-1 seterusnya membawa balik hadiah wang tunai RM1,000 serta piala iringan.

Kejohanan Futsal P.194 Petra Jaya 2014 anjuran bersama oleh KSK Satok dan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.8 Satok serta disokong oleh iM Sarawak itu diadakan selama dua hari bermula 20 Disember di Kompleks Sukan Satok (Padang SLPAS) di sini.

Disertai kira-kira 64 pasukan melibatkan seramai 550 pemain, empat kategori dipertandingkan merangkumi kategori lelaki terbuka, lelaki bawah 16 tahun, lelaki bawah 12 tahun dan kategori wanita terbuka di samping hadiah wang tunai.

Bagi kategori lelaki bawah 16 tahun, pasukan Kanoli XS muncul juara seterusnya menjulang Piala Datuk Seri Fadillah Yusof, manakala pasukan Kanoli S berjaya memenangi Piala Pengerusi KSK Satok setelah menjuarai kategori lelaki bawah 12 tahun.

Sement a r a i tu, pa s – ukan Aprilia FC berjaya mengetepikan Tibak Baok FC bagi menjuarai kategori wanita terbuka sekali gus menjulang Piala Senator Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kejohanan Futsal P.194 Petra Jaya mendapat banyak penyertaan serta menyaksikan perlawanan sengit dan kami berharap sambutan ini akan berterusan pada penganjuran tahun akan datang.

“Bagi membantu meningkatkan mutu kejohanan pada tahun depan juga, kami bercadang untuk meneruskan penambahbaikan kompleks sukan ini dengan pemasangan bumbung supaya kejohanan tidak akan terganggu sekiranya hujan atau cuaca panas terik,” tambahnya.

Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah ialah Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Satok Iskandar Sharkawi, Naib Pengerusi PBB Cawangan Satok Basri Bolhassan serta Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Petra Jaya Moshidi Said.

 

Advertisement