Anda di sini

‘Boxing Day’ peluang Arsenal menyinar

Advertisement

Wenger gesa anak buahnya tutup mulut pengkritik ketika harungi jadual sibuk

LONDON, England: Arsenal harus menggunakan jadual sibuk perayaan Krismas dan Tahun Baharu untuk menunjukkan kepada pesaing mereka dalam Liga Perdana Inggeris di mana mereka benar-benar serius selepas memulakan musim dengan hambar, menurut pengurusnya, Arsene Wenger Selasa lepas.

Arsenal, di tangga keenam liga dan 15 mata di belakang Chelsea, menerima kritikan dari penyokong musim ini selepas beberapa prestasi hambar.

Tetapi dengan tiga p e r – lawa- “Kami mempunyai satu peluang yang baik dalam tempoh Krismas untuk menunjukkan kami adalah lebih bagus berbanding apa yang orang fikirkan.

Arsene Wenger Pengurus Arsenal ” n a n d a l a m t emp o h tujuh hari, bermula dengan kunjungan di Queens Park Rangers di Stadium Emirates Jumaat ini sebelum bertandang ke West Ham United dan Southampton, Wenger menggesa anak buahnya untuk menutup mulut pengkritik.

“Kami mempunyai satu peluang yang baik dalam t e m p o h Kr i sma s u n t u k m e n – u n – jukkan kami adalah lebih bagus berbanding apa yang orang fikirkan,” kata beliau pada satu sidang media.

“Ada tiga perlawanan dalam tempoh singkat dan kami boleh mengumpul mata.

Lawan kami juga berfikiran begitu tetapi saya berharap pasukan saya bermain dengan baik dan mengumpul tiga mata penuh.

“Konsistensi dalam tempoh ini adalah apa yang paling penting.

” Ar s e n a l h a r u s berdepan dengan penyerang sensas i QPR, Charlie Austin, yang menjaringkan hatrik ketika menentang West Bromwich Albion minggu lepas dan Wenger memuji cara penyerang berusia 25 tahun itu menyerlah dari liga bawahan.

“Ia menarik untuk melihat seorang penyerang tempatan yang sebelum ini bermain di liga bawahan tetapi kini beraksi di Liga Perdana,” kata Wenger.

“Ia menunjukkan kekuatan mental dan kesungguhan pemain – sesuatu y a n g penting di peringkat tertinggi ini.

“Ia boleh memberikan gambaran di mana ada pemain dari liga bawahan yang cukup bagus untuk beraksi dalam Liga Perdana tetapi tidak mempunyai peluang.

” Perkembangan Arsenal musim ini terjejas dengan beberapa kecederaan pemain tetapi Wenger menjangkakan Mesut Ozil dan Mikel Arteta akan kembali beraksi pada bulan Januari sementara Theo Walcott, Aaron Ramsey dan Laurent Koscielny akan kembali dalam masa terdekat juga.

Dengan Arsenal memburu sasaran menamatkan saingan di empat tangga teratas liga dan masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA, Wenger mengharapkan tahun 2015 adalah tahun berjaya.

“Saya percaya dengan pemain yang cedera akan kembali dan memberikan kekuatan kepada skuad seperti dua bulan yang lalu , ” kata beliau.

“ Saya percaya 2015 boleh menjadi tahun yang menarik jika kami dapat menurunkan semula pemain yang sudah pulih dari kecederaan. ” — Reuters

Advertisement