Anda di sini

TZ FC, Busna Nazario FC bakal berentap di final

Advertisement

SIBU: Aksi final Piala LEA/ Sibu FA 2014 pada 28 Disember ini bakal menyaksikan pertemuan antara pasukan TZ FC dan Busna Nazario FC di Stadium Tun Zaidi di sini, jam 3 petang.

Busna Nazario merupakan naib juara Divisyen 1 Liga Sibu 2014, manakala TZ FC menduduki tempat ketiga liga menewaskan lawan masingmasing pada aksi separuh akhir hujung minggu lalu.

Dalam perlawanan separuh akhir, TZ menewaskan Red Hackle dengan 2-1 manakala Busna Nazario FC menundukkan Rascom FC dengan 5-4 pada perlawanan berlangsung cukup sengit.

Red Hackle menduduki tempat ketiga Divisyen 2 terlebih dahulu menjaringkan gol untuk mendahului 1-0, sebelum TZ FC menyamakan kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, TZ menggandakan asakkan sebelum berjaya memperolehi gol kemenangan untuk kedudukan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua, Busna Nazario berjaya mendahului 3-0 Rascom FC, sebelum Rascom FC menyamakan kedudukan 3-3 pada separuh masa kedua.

Ini memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan untuk kedudukan akhir 5-4 memihak kepada Busna Nazario FC.

Piala LEA/Sibu FA disertai semua lapan pasukan dari Divisyen 1 Liga Sibu 2014 serta masing-masing empat pasukan teratas dari Kumpulan A dan Kumpulan B dalam Divisyen 2.

Juara Piala LEA/Sibu FA bakal menerima wang tunai RM1,000, baucar RM1,500, piala iringan dan pingat.

Manakala naib juara menerima RM500, baucar RM1,000, piala iringan dan pingat.

Perlawanan akhir serta majlis penyampaian hadiah dijangka dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee.

Advertisement