Anda di sini

Pasukan Gabungan Kuching dominasi kejohanan wushu

Advertisement

KUCHING: Pasukan Gabungan Kuching mendominasi Kejohanan Wushu Sarawak Ke-24 di Miri, sekaligus muncul juara keseluruhan selepas merangkul 82 pingat emas, 32 perak dan 13 gangsa.

Diwakili Kelab Wushu Bandar Kuching, Kelab Wushu Sekama dan Kelab Wushu Serian, pasukan itu disertai 30 ahli wushu di bawah jurulatih Ling Ung Hee menggumpul 132 mata.

Pasukan itu berada di tangga teratas kejohanan dua hari pertama kali dianjurkan di Miri.

Bekas atlet junior kebangsaan dan SUKMA XVII, Elvic Bong muncul wira pasukan Kuching dengan merangkul lapan emas dan membolehkannya dinobatkan Atlet Terbaik Lelaki.

Selain itu, pingat tertinggi pasukan Kuching dengan tujuh emas masing-masing disumbangkan Bong Yun Pin dan Cynthia Chang, lima emas ialah Clement Thian, adik-beradik Lai Yun Yi dan Lai Shi Yu manakala Lee Hui Xian dan Mandy Lim memenangi empat emas.

Miri berada di tempat kedua dengan 35 emas, 19 perak dan 12 gangsa dengan mata terkumpul 69 mata.

Tempat ketiga diraih Sarikei dengan 32 emas, 17 perak dan lima gangsa manakala Kelab Wushu Permai Timur (Sibu) sekadar di tempat keempat.

Pasukan jemputan, RS Academy dari Selangor di tempat kelima selepas hanya mampu meraih sembilan emas dan dua perak.

Advertisement