Anda di sini

Compo-Compo juara Futsal ‘Joy To The World’ 2014

Advertisement

MUKAH: Dengan dibarisi rata-rata pemain berusia bawah 16 tahun, Compo-Compo mencuri tumpuan apabila menjuarai Kejohanan Futsal ‘Joy To The World’ sempena perayaan Hari Natal 2014 di Stadium Perpaduan Dalat, semalam.

Dalam perlawanan akhir, Comp o -Comp o me n – galahkan Oya Ronggeng dengan 2-1.

Kejohanan disertai 32 pasukan itu dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Kelab Futsal Daerah Dalat (KFDD) dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah (PBPM).

Selaku juara, Compo- Compo membawa pulang hadiah wang tunai RM800, piala dan pingat.

Oya Ronggeng pula memenangi wang tunai RM600, piala dan pingat.

Pasukan Iganian FT menduduki tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM400, piala dan pingat.

Manakala Tanam FC di tempat keempat membawa pulang wang tunai RM200 dan piala.

Penjaga gol Oya Ronggeng, Asfarif Awang Senusi dinobatkan pemain terbaik kejohanan dan memenangi piala.

Pengerusi bersama kejohanan yang juga Ahli Parlimen Belia Malaysia, Royston Valentine menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Pengerusi Kelab Futsal Daerah Dalat, Daniel Francis Klumai dan Pegawai JASA Parlimen Mukah, Hafizzul Abdul Halim.

Menurut Royston, ini merupakan kejohanan keempat dianjurkan selepas kejayaan kejohanan futsal brazuca World Cup sempena Piala Dunia pada Jun lalu.

Kebanyakan pasukan mengambil bahagian adalah dari Mukah, Oya, Igan dan Dalat.

Advertisement