Anda di sini

8 pasukan bersaing merebut Piala Pengarah Kastam

Advertisement

KUCHING: Pusingan suku akhir Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Piala Pengarah Kastam Negeri Sarawak 2014 akan berlangsung esok (Khamis) di Padang Bola Sepak Perumahan Kastam Sarawak.

Pasukan-pasukan layak termasuk SJN FC (A), SJN FC (B), Al Zidance FA, Medical FC, The Cops, Sejingkat FC, UiTM FC dan Barracuda FC.

Pengerusi karnival, Furiman Hattar berkata perlawanan akhir juga akan berlangsung Khamis ini selepas peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pula bermula jam 2 petang.

“Final akan berlangsung selepas aksi suku akhir dan separuh akhir,” katanya.

Karnival yang dianjurkan Majlis Sukan dan Rekreasi Kastam Diraja Malaysia (MSRKDRM) Kuching dan Kelab Bola Sepak SJN menyediakan hadiah wang tunai RM1,000 dan piala kepada juara.

Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM700 bersama piala, manakala wang tunai RM500 dan piala serta wang tunai RM300 masingmasing pemenang tempat ketiga dan keempat.

Advertisement