Anda di sini

Team Kickalob raih naib juara Piala 1Malaysia Mamee Bawah 19 Tahun

Advertisement

 

KUCHING: Team Kickalob sekadar berpuas hati selaku naib juara Kejohanan Bola Sepak Piala 1Malaysia Mamee Bawah 19 Tahun 2014 yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Sabah baru-baru ini.

Anak buah Saiful Bahri Beli itu tewas kepada wakil tuan rumah, SAFA Keningau dengan jaringan 1-0.

Biarpun tewas, pasukan muda itu membawa pulang wang tunai RM3,000 dan pingat.

Saiful yang sedikit kecewa berkata, usaha untuk men­cipta kejutan dalam kejo­hanan tersebut tidak kesa­mpaian.

“Saya percaya semua pemain sudah berusaha sedaya upaya namun nasib tidak menyebe­lahi kami,” katanya.

Beliau turut memuji presta­si anak buahnya sepanjang kejohanan itu yang menun­jukkan komitmen tinggi.

“Sepanjang kejohanan, pemain menunjukkan komit­men tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, juara edisi lepas Axis FC gagal mengu­langi pencapaian sebelum ini apabila tewas dalam perla­wanan suku akhir bersama sebuah lagi wakil Sarawak, Sambir Bistari Junior.

Manakala Sekolah Sukan Tabuan Jaya di tempat ketiga selepas mengalahkan SAFA Kota Belud 5-4 menerusi pe­nentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan teri­kat tanpa jaringan sepanjang perlawanan.

Advertisement