Anda di sini

PKL julang Piala Pusingan Datuk Amar Awang Tengah

Advertisement

LAWAS: Putera Kuala La­was (PKL) terus membuk­tikan keunggulan apabila memenangi perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak (Liga Lawas) bagi merebut Piala Pusingan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, petang kelmarin.

Pada perlawanan itu, PKL tidak berdepan masalah untuk menjinakkan pasukan Sapsapsui dengan jaringan 2-1, meskipun beraksi dalam keadaan padang becak akibat hujan lebat.

Selaku juara, mereka mem­bawa pulang Piala Pusingan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pingat dan wang tunai RM5,000, manakala Sapsapsui menerima piala, pingat dan RM3,000.

Manakala, pasukan Siang- Siang FC dan Budak Pasir yang berkongsi kedudukan di tangga ketiga menerima piala, pingat dan RM1,000. Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung.

Advertisement