
TEGAS: Sekumpulan penguat kuasa dan kesihatan MDLBS melakukan pemeriksaan ke sebuah pusat hiburan di Selangau.
SIBU: Setiap premis perniagaan termasuk pusat hiburan harus mempamerkan lesen operasi perniagaan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Per-niagaan dan Perlesenan Maj-lis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Micheal Tiang berkata kegagalan mereka berbuat demikian adalah satu kesalahan dan tindakan denda boleh diambil.
Katanya, walaupun tindakan mempamerkan lesen perniagaan tersebut nampak remeh namun ramai peniaga gagal melakukan-nya.
“Sebenarnya perkara ini tidak perlu kita sebut banyak kali sebab semasa mereka memohon lesen-pun kita maklumkan.
“Namun, kadang-kadang mereka bertindak seperti tidak tahu bahawa lesen pernia-gaan mereka perlu dipamerkan sehingga tindakan diambil,” katanya ditemui di sini malam kelmarin.
Terdahulu, beliau mengetuai sekumpulan anggota penguat kuasa dan seksyen kesihatan MDLBS melakukan pemeriksaan mengejut ke beberapa premis hiburan di Selangau.
Dua daripada tiga buah premis hiburan yang diperiksa didapati gagal mempamerkan lesen per-niagaan.
Menurut Micheal, pemilik premis perniagaan dinasihati supaya mematuhi piawaian kes-elamatan yang ditetapkan.
Ini bertujuan untuk menge-lakkan berlakunya sebarang kecelakaan jika berlaku kejadian tidak diingini.
“Kita (MDLBS) mendenda bukan secara suka-suka atau sen-gaja menyusahkan orang lain. Ini kerana mereka (pemilik premis) telah diberitahu semasa temu duga,” katanya.
Turut sama Ketua Bahagian Kesihatan MDLBS, Mathiew Paran.