Anda di sini

Peranan ATM diperluas kepada pelbagai skop

Advertisement

Oleh Kepu Sidi //

Sejajar perkembangan globalisasi, sistem pentadbiran, pandangan masyarakat, kata Wahab

KABONG: Peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini tidak hanya difokuskan terhadap aspek keselamatan tetapi diperluaskan kepada pelbagai skop.

Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Abdul Wahab Aziz berkata usaha itu sejajar dengan perkembangan globalisasi dan sistem pentadbiran negara serta pandangan masyarakat terhadap ATM yang tidak terhad kepada keselamatan.

Katanya peranan ATM dipelbagaikan merangkumi aspek sosial, kemasyarakatan serta beberapa program melibatkan kerjasama dan interaksi ATM dengan komuniti.

“Usaha ini membolehkan ATM merapatkan hubungan dengan masyarakat dalam menyampaikan agenda pembangunan kerajaan melalui pihak mereka.

“Penganjuran aktiviti melibatkan ATM juga mampu memberi peluang kepada ATM memenangi hati rakyat dengan khidmat ketenteraan,” katanya pada program ‘Mobile Comunity’ Tranformasi Program (MCTP) anjuran ATM dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Kabong, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Hal Ehwal (JASA) Saratok, kelmarin.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka, pameran jabatan kerajaan dan ATM, pentas hiburan, pemeriksaan saringan kesihatan dan sebagainya.

Menurutnya, aktiviti itu merupakan usaha ATM menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan meningkatkan kerjasama dengam orang awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka itu berharap masyarakat berusaha mempertahankan perpaduan.

Wahab turut melawat seorang warga emas yang uzur dan merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Dayang Iri Abang Pon, 83, di Kampung Hulu Kabong.

Advertisement