Anda di sini

MBKS azam beri perkhidmatan terbaik

Advertisement

TERBAIK: Chan merakam kenangan bersama warga MBKS yang berjaya merangkul kejayaan membanggakan sepanjang 2014.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berazam memberi perkhidmatan lebih baik serta mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun depan dan seterusnya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata, ketika kali pertama dilantik sebagai datuk bandar pada 2008, beliau mengakui bahawa MBKS tidak diurus dengan baik dengan prestasi dan mutu perkhidmatan yang kurang memuaskan.

Namun beliau berterima kasih kepada bekas Ketua Menteri yang kini Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atas kepercayaan dan melantik beliau sebagai batuk bandar.

“Apa yang penting ialah kita mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan jika kita dapat berbuat demikian, Kuching akan menjadi bandar raya terbaik di dunia setanding bandar raya Singapura dan bandar raya lain di dunia.

“Kami di MBKS cuba yang terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak sama,” katanya dalam ucapan amanatnya pada perjumpaan bersama warga MBKS semalam.

Pada perjumpaan itu semalam Chan turut meraikan kejayaan yang dirangkul oleh warga MBKS sepanjang 2014.

Antaranya, pensijilan ‘Appreciation of Mayoral Leadership of a Healthy City & AFHC Network’ pada  Persidangan Global Keenam Alliance Bagi Bandar-Bandar Sihat di Hong Kong.

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang telah mendapat empat bintang dan Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia untuk kategori Bandar Hijau dimenangi oleh Palmarium Park.

Tempat kedua Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau melalui Program Pengkomposan Sisa yang dianjurkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2014.

Pada Hari Perkhidmatan Awam 2014 Peringkat Negeri, Arumugam Pakri telah menerima Anugerah Pegawai Contoh Perkhidmatan Awam Negeri Kumpulan Sokongan II.

Pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat PBT yang diadakan pada 18-20 Jun 2014, kumpulan RNV Dynamic daripada Bahagian Percukaian dan Penilaian MBKS telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik Kategori Teknikal manakala kumpulan Southern Thinkers telah memenangi tempat pertama untuk kategori teknikal.

Pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat Negeri yang berlangsung pada 29 september hingga 3 oktober 2014, kumpulan Southern Thinkers telah memenangi Anugerah Ketua Menteri Sarawak bagi kategori teknikal.

Pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 1 hingga 4 Disember 2014, kumpulan Southern Thinker telah melakar sejarah buat kali pertama bagai pihak berkuasa tempatan negeri Sarawak apabila merangkul Anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi kategori teknikal.

Di samping itu, Datuk Bandar turut menyampaikan penghargaan kepada pengusaha kantin MBKS yang telah memberi perkhidmatan terbaik kepada warga dan pengunjung MBKS.

Advertisement