Anda di sini

BSN agih 600 bungkus nasi lemak di tiga lokasi

Advertisement

KUCHING: Bank Simpanan Nasional (BSN) semalam meraikan ulang tahun ke-40 penubuhannya dengan mengagihkan 600 bungkus nasi lemak di tiga lokasi terpilih dalam negeri.

Lokasi tersebut adalah di BSN Cawangan Satok, Tol Zecon Bintawa dan Bangunan Sultan Iskandar yang bermula jam 7 hingga 9 pagi.

Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN, Ahmad Latfan Mohd Amran berkata, ia merupakan inisiatif untuk berkongsi kegembiraan menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan bank itu di sini.

“Kami berharap akan mendapat lebih banyak sokongan daripada orang ramai untuk kekal relevan pada masa akan datang dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di mana sahaja mereka berada,” katanya.

BSN juga telah menetapkan sasaran untuk memfokuskan kepada pengenalan perkhidmatan yang pelbagai dan lebih berinovatif bermula tahun depan.

Menurut kenyataan akhbarnya juga, pihaknya memilih nasi lemak sebagai makanan tradisi tempatan yang digemari masyarakat berbilang bangsa bertepatan dengan peranan BSN sebagai perbankan terawal negara untuk setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Sebanyak 40,000 bungkus nasi lemak turut diagihkan di 37 lokasi di seluruh negara.

Perkhidmatan BSN amat yang dikenali di kawasan bandar turut merentas ke kawasan luar bandar.

Produk-produk teras yang ditawarkan BSN juga meliputi pinjaman persendirian, perumahan, pembiayaan mikro kewangan, sijil simpanan premium, skim perbankan Islam dan banyak lagi.

BSN mempunyai 401 cawangan dengan 5,200 ejen bank berdaftar dengan lebih daripada 8.5 juta pelanggan di seluruh negara.

Advertisement