Anda di sini

Ustaz pujaan memukau penduduk Sibu

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah //

PENUH ISI DAN TELADAN: Ustaz Kazim menyampaikan ceramah beliau di hadapan ribuan penonton.

PROGRAM Ceramah Perdana bersama Ustaz Kazim Elias di masjid An-Nur, Sibu baru-baru ini mendapat sambutan yang mengejutkan daripada penduduk zon tengah Sarawak.

Kira-kira 10,000 orang telah mengunjungi program tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam.

Sebelum ceramah diadakan, pada sebelah pagi dianjurkan pelbagai aktiviti seperti program ‘Walk-A-Mile’, majlis khatam al-Quran, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan lain-lain lagi.

Selain itu, acara program turut menyediakan pelbagai jenis gerai jualan kepada para pengunjung.

Program derma darah pula diadakan di pekarangan masjid An-Nur selepas Walk-A-Mile.

Ceramah anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 12 itu telah mula dibanjiri oleh pengunjung seawal jam 7 petang lagi sebelum kemunculan Ustaz Kazim pada jam 8 malam.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai dan penuh sesak, keadaan itu tidak mematahkan semangat pengunjung teruja melihat dan mendengar sendiri ceramah ustaz pujaan ramai itu.

Gaya bersahaja Ustaz Kazim ketika menyampaikan ceramah beliau, menjadikan orang ramai yang mendengar tidak lepas punggung dari tempat duduk dari awal sehingga tamat program yang berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Sebelum itu, Ustaz Kazim sempat melawat adik Nurhakim Ramali, 21, yang menghidap penyakit leukimia tahap empat di Hospital Sibu.

Turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Assek Mohd.

Yusna Matali, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad dan lain-lain lagi.

MENGUSIK JIWA: Persembahan nasyid diadakan sebelum ceramah bermula.

PELBAGAI: Gerai menjual makanan turut menjadi tumpuan pengunjung.

Advertisement