Anda di sini

‘Limbang Fun Night Run’ 31 Disember dianjur pada skala lebih besar

Advertisement

LIMBANG: Sekitar 300 pelari dijangka menyertai acara ‘Limbang Fun Night Run’ yang mengelilingi pusat bandar ini sejauh 4.5 kilometer pada 31 Disember ini.

Penganjur program yang juga wakil Servis Proton Limbang Chua Eng Hin berkata, program kali ini akan diadakan dalam skala lebih besar.

Jelasnya, program tersebut turut mendapat kerjasama Majlis Daerah Limbang (MDL), Persatuan Olahraga Amatur Limbang dan Pejabat Residen Limbang.

“Pelbagai acara menarik diadakan termasuk menawarkan 30 cabutan bertuah kepada peserta, selain memberi peluang kepada mereka untuk melakukan aktiviti kecergasan,” katanya pada perasmian program itu di Pejabat Residen Limbang, semalam.

Turut hadir ialah Residen Limbang Maria Hasman, Timbalan Residen Sosial Hamidah Halpi dan Timbalan Wali Kota MDL Kauselor Waslee Tuah.

Kata Chua, selain berlari, peserta juga boleh berjalan kaki sepanjang aktiviti itu nanti.

Katanya, aktiviti berkenaan juga akan diadakan dua kali sebulan bermula tahun hadapan berdasarkan sambutan memberangsangkan yang diterima sebelum ini.

Sementara itu, Maria berkata pihaknya memberi sokongan penuh terhadap penganjuran aktiviti kesihatan itu.

“Ki ta akan memint a kerjasama daripada pihak PDRM dan hospital untuk memastikan program berjalan lancar.

“Selain itu, aspek keselamatan juga akan dititikberatkan dengan memasang lampu keselamatan sepanjang acara dijalankan,” tambahnya.

Advertisement