Anda di sini

ATM pantau anggota elak terlibat militan IS

Advertisement

KOTA BAHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau setiap anggotanya bagi memasti-kan mereka tidak terlibat dengan kegiatan militan IS, kata Panglima Briged Kelapan Infantri, Brig Jen Datuk Azmy Yahya.

Beliau berkata walaupun setakat ini tiada anggota dalam briged itu terlibat dengan kumpulan militan berkenaan, namun langkah itu diambil bagi memastikan ia tidak menular ke dalam pasukan.

Terdapat pasukan pe-nguat kuasa dalam tentera yang ditugaskan untuk memantau perkara itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Survival Village Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja (RRD) di sini, semalam. — Bernama

Advertisement