Anda di sini

Sarawak panas badan dengan KL SPA, Sabah

Advertisement

KUCHING: Sarawak akan beraksi dalam perlawanan pemanas badan dengan dua pasukan Liga Perdana iaitu KL SPA dan Sabah sebelum musim baharu bermula pada 17 Januari depan.

Ketua Jurulatihnya, Robert Alberts berkata perlawanan menentang KL SPA dijadualkan 6 Januari dan bertemu Sabah pada 10 Januari.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Negeri di sini.

Sebelum itu, pasukan Ngap Sayot akan menjalani latihan di Phuket, Thailand dari 11 hingga 21 Disember dan akan terbabit dalam empat perlawanan persahabatan di sana.

Alberts berkata, perlawanan pemanas badan itu adalah sebagai persediaan pasukan untuk berdepan perlawanan pertama mereka dalam Liga Super.

Beliau akan menggunakan empat perlawanan persahabatan menentang kelab terkemuka di Thailand itu untuk menguji pasukannya dan mencari barisan sebelas pemain utama yang terbaik.

Sementara itu, dua pemain iaitu Mohd Dzulfadly Awang Marajeh dan Daglish Papin Test tidak akan menyertai lawatan ke Phuket kerana kedua-duanya sedang menjalani pemulihan daripada kecederaan.

Jurulatih dari Belanda itu berkata, kecederaan mereka tidak serius. — Bernama