Anda di sini

Piala Utusan Borneo: 48 pasukan berentap

Advertisement

KUCHING: Sebanyak 48 pasukan dari serata Kuching dan Samarahan bakal bersaing bagi merebut kejuaraan Pertandingan Futsal Terbuka 2014 Piala Utusan Borneo yang akan berlangsung dari 13 hingga 14 Disember ini di Stadium Futsal Coneli di sini.

Pasukan mengesahkan penyertaan terdiri Rubean FC, High-skill United, Bumiputera A & B, Panna Nazario FT, FAM Union FT, JPBS Star FC, Sarawak Energy, N’ZEE FT, Auto FC, Kasohi FC A & B, Big Two, Kanoli FC B & C, Petronas KAFT, Hornbill United, Nasi Bajet FC, San Boo Yan, Scops, RB05, Barcatiga CF, Assar Refinery Team dan A.A.B.H.

Selain itu, Validus FC, Babola Team, Street City A & B, K.T.U A & B, Mali FC, A.B.G. FC, NYO FC, Panama Joga, Lintec FC, The Ambal Young Star FC, Giam Futsal Team, EVA FC, KOPO FC, Suria 5, Suriko FC, N.A.F. FC, Sempalona FC, PRBS FC, D Rieza A & B, Seven Lex dan KLMJ FC.

Kejohanan julung kali dianjurkan Utusan Borneo itu bertujuan mempromosi akhbar tempatan berbahasa Melayu itu kepada orang awam selain menggalakkan budaya sihat kalangan masyarakat dengan bersukan.

Pertandingan akan diadakan mengikut sistem liga dan peserta dibahagikan kepada empat pasukan dalam setiap kumpulan.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat kalah singkir. Pusingan suku akhir, separuh akhir dan final akan berlangsung pada hari Ahad.

Perlawanan akan bermula jam 9 pagi dan pasukan disarankan hadir awal bagi urusan pendaftaran.

Juara akan membawa pulang hadiah lumayan RM1,200, trofi, pingat dan sijil. Naib juara pula menerima RM800, trofi, pingat dan sijil. Tempat ketiga bersama bakal membawa pulang RM500, pingat dan sijil.

Selain itu, hadiah misteri turut menanti penjaring terbanyak, pemain terbaik, penjaga gol terbaik dan pasukan ‘fair play’.

Advertisement