Anda di sini

Ahmad lapor polis ‘Datuk’ guna namanya untuk tipu

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang didakwa menggunakan namanya untuk menipu membabitkan RM1.8 juta.

Anggota Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Kijal itu memanfaatkan masa rehat persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada jam 10.50 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad mendakwa lelaki bergelar Datuk berumur 52 tahun itu telah mengguna-kan namanya ketika beliau masih menjadi Menteri Besar bagi penipuan mendapatkan RM1.8 juta kononnya bagi satu kawasan pembalakan daripada seorang pengurus kilang papan di sini dari Singapura.

“Pengurus itu telah menye-rahkan wang tersebut kepada Datuk itu selepas terpedaya yang kononnya dia (Datuk) rapat dengan saya dengan alasan wang itu untuk diberikan kepada saya serta akan memberi satu kawasan pembalakan,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak mengenali Datuk itu dan meminta polis melakukan siasatan terperinci bagi membawa orang yang menipu itu ke muka pengadilan.

Ahmad berkata, tinda-kan individu tersebut telah mencemarkan nama dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang ahli politik.

“Kes ini saya sedari apabila seseorang datang berjumpa dan menceritakan peng-urus syarikat tersebut marah kerana tidak dapat kawasan balak dijanjikan pada bulan September tahun lalu.

“Saya yang ketika itu ma-sih lagi Menteri Besar Te-rengganu telah berjumpa dengan pengurus terbabit serta meminta dia membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong ketika ditemui Bernama berkata ADUN Kijal itu telah keluar daripada persidangan DUN dengan mendapat keizinan beliau setelah memberi alasan yang munasabah.

Ahmad yang menjadi Menteri Besar Terengganu pada 2008 meletak jawatan dan digantikan dengan ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Mei lepas. — Bernama

Advertisement