Anda di sini

Mayat empat rakyat Malaysia terbakar diserah kepada keluarga

Advertisement

SINGAPURA: Mayat Yusof Masrong, 49, dan Ramu Kotiah, 50, antara empat rakyat Malaysia yang mati dalam kebakaran di blok asrama pekerja asing di Lorong 4 Geylang awal Sabtu telah diserahkan kepada anggota keluarga mereka, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Kamsiah Kamaruddin.

Beliau berkata pihaknya turut memberi pertolongan kepada keluarga mangsa.

Yusof dari Kampung Ulu Bungin, Spaoh, Sarawak sementara Ramu dari Ipoh, Perak.

Jenazah Yusof akan diterbangkan ke kampungnya esok.

Sementara mayat Ramu telah dituntut isterinya Rama Devi kira-kira  jam 11 pagi untuk dibawa balik ke rumah mereka di Taman Bertuah, Tasek.

Dua lagi mangsa ialah Jubitol Rumanjing, 37, dan Maslan Musundo, 43, dari Kampung Mangkapon, Pitas, Sabah.

Mayat kedua-duanya akan dibawa pulang ke Kota Kinabalu esok.

Seorang lagi mangsa Muslin Masundo iaitu abang Maslan, kini dirawat di Wad ICU Hospital Besar Singapura.

Dalam kebakaran itu, empat rakyat Malaysia maut sementara lapan lagi cedera. — Bernama