Anda di sini

Sultan Nazrin Shah dianugerah Darjah Kebesaran DMN

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) yang dianugerahi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Sultan Nazrin Shah dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap Perak, di sini semalam.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sultan Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 29 Mei lalu, berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.

Baginda akan ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 6 Mei tahun depan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. — Bernama

Advertisement