Oleh Harry Ilias
KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts memberi kepercayaan ke-pada pemain serba boleh, Ronald Hikspoors untuk menggalas tiga tugas dalam skuad bimbingannya.Menurutnya, Ronald akan bermain di posisi tengah na-mun pada masa yang sama turut membantu rakan-rakan sepasukan di bahagian seran-gan dan pertahanan.
“Ronald mempunyai ke-mahiran yang baik serta kelebihan fizikal yang sangat kita perlukan. Beliau pantas dan bijak membaca setiap pergerakan.
“Kerana itu, saya mem-berinya kebebasan untuk bergerak di tiga posisi untuk membantu rakan-rakan sepa-sukan,” kata Alberts ditemui pada sesi latihan di Stadium Negeri di sini semalam.
Menurutnya, beliau pernah melihat bekas kapten pasukan bawah 17 tahun Belanda itu beraksi sebelum ini dan per-caya Ronald boleh menyum-bang sesuatu untuk Sarawak pada musim depan.
Ronald, 26, menjadi pemain import terakhir disambar Sarawak bagi menggantikan pemain import pertahanan, Gabor Gyepes yang terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan keretakan ibu jari kaki kanan.
Sementara itu, Alberts bercadang untuk mengambil seorang lagi pemain dari skuad Piala Presiden Sarawak sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada April nanti.
Menurutnya, pembantu jurulatih, David Usop diberi tanggungjawab tambahan memantau perkembangan skuad muda itu serta mencari pemain-pemain berpotensi untuk diserapkan dalam skuad senior.
Ketika ini, Sarawak mem-punyai 24 pemain iaitu Joseph Kalang Tie, Mohd Fadzley Abdul Rahim, Muhammad Dzulfadli Awang Marajeh, Aidil Mohamad, Mazwandi Zakeria, Mohd Dzulazlan Ib-rahim, Ashri Chuchu, Mohd Hairol Mokhtar, Rames Lai Ban Huat, Ronny Harun dan Mohd Shahrol Saperi.
Turut disenaraikan Ryan Alan Griffiths, Shreen Tambi, Daglish Papin Test, Ikhwan Izzat, Partiban Janasekaran, Varadhan Arumugam, Sabri Sahar, Mohd Nazri Mohd Kamal, Mohd Iqbal Suhaimi, Mahadevan Gangadheran, Billy Mehmet, Ronald Hik-spoors dan Ivan Fatic.
Sarawak akan mengadakan empat perlawanan persa-habatan menentang kelab di Thailand iaitu Krabi FC (14 Disember), Suphanburi FC (17 Disember), Royal Thai (19 Disember) dan Thai Police (21 Disember).
Alberts berharap perlawa-nan persahabatan itu akan membolehkannya menyedi-akan skuad bayangannya un-tuk mengharungi Liga Malay-sia musim baharu nanti.
Sebelum ini, Sarawak men-gadakan tiga perlawanan persahabatan dengan men-galahkan Limbang 5-1, Miri 5-0 namun kalah kepada Sabah 1-2.
“Saya berharap selepas perlawanan di Thailand, saya akan mempunyai barisan pemain yang serba lengkap dan pasukan yang mantap,” katanya.
Bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia nanti, Sarawak akan membariskan tiga pemain import iaitu Billy Mehmet, pemain dari Belanda Ronald Hikspoor dan Ivan Fatic selain pemain musim lalu dari Australia Ryan Griffth.
Pemain import tempatan pula penyerang Nazri Kamal dari Perak, pemain sayap J. Parthiban dan pemain per-tahanan V. Varadhan dari Selangor, pemain midfield Sabri Sahar dari Sabah, pemain midfield G. Mahathevan dari Pulau Pinang dan penjaga gol, Igbal Mat Suhaimi.
Skuad Sarawak akan kem-bali memulakan latihan pada 28 Disember nanti sebagai persediaan terakhir mengha-dapi musim baharu Liga Su-per 2015 yang bakal bermula Januari depan.